70 Tahun Lalu Berlaku Kesesakan Lalu Lintas Luar Biasa, Kemudian Semua Orang Berjalan Pergi Meninggalkan Kereta Mereka Buat Selamanya! Sebab Kenapa Mereka Meninggalkan Kereta

Jomshare.net. Kira- kira begitulah pemikiran orang tentang apa yang terjadi, ketika melihat pemandangan ini. Dan itu ertinya, kesesakan lalu lintas ini akan bertahan selamanya! Di kota Chatillon, Belgium, kereta kereta ini telah tidak bergerak selama sekitar tujuh puluh tahun.

Ada beberapa legenda tentang asal mulanya kumpulan kereta ini. Salah satu nya adalah, kereta- kertea ini adalah “hadiah” yang di bawa tentera Amerika dari Perang Dunia Kedua. Pihak militari memutus kan untuk membawa pulang semua aset yang disita dari Jerman setelah berakhir nya perang.

Namun, ada satu hal yang menghalang mereka kembali ke Belgium. Mungkin kos untuk mengangkut kereta melintasi laut ternyata sangat mahal.

Dan kereta kereta itu terpaksa tetap menunggu pemilik nya di hutan. Menurut versi lain, peristiwa itu benar- benar adalah karena kesesakan.

Alasan nya adalah bahwa kedua hujung jalan itu diblokdan pengemudi terpaksa turun dari kenderaan mereka.

Nah, ada lagi teori praktis ketiga yang paling mungkin, mengatakan bahwa semua mesin kereta ini sudah digunakan sampai rosak, dan inilah tempat peristirahatan terakhir mereka.

Memperkuat teori ketiga adalah fakta bahwa banyak kereta di sana yang diproduksi sebelum tahun 1940an. Erti nya, jereta kereta ini sudah ada beberapa tahun sebelum orang Amerika berangkat perang setelah tahun 1945.

Secara keseluruhan, “kuburan” ini berisi sekitar lima ratus biji kereta. Gambar suram seperti itu tidak boleh dilupakan oleh siapa pun yang pernah melihat nya.

Satu episode serial “Walking Dead” yang popular di Amerika, difilemkan di hutan Châtillon.

Di pertengahan dan akhir abad ke-20, pihak berwenang tidak terlalu peduli dengan ekologi, dan kerana itu mereka memutuskan untuk meninggalkan “zhelezyaki” yang membusuk di hutan.

Baru pada tahun 2010 orang Belgium memikirkan bahaya akan kereta berkarat terhadap lingkungan hutan dan berusaha membongkar pemakaman kereta ini.

Lambat laun, hutan ini dibersihkan dari kereta kereta yang ada. Kerana tidak ada penjagaan sama sekali, beberapa kereta sudah menghilang dari sini sebelum tahun 2010.

Apalagi sekarang, rasanya askar AS sudah tidak mungkin boleh sampai ke hutan Belgium dan membawa trofi perang mereka ke rumah. (asm / yant)

lagi cerita menarik
6 TEMPAT DI DUNIA YANG DI HARAM KAN KEPADA PENGUNJUNG!
Pengharaman sesuatu tempat daripada dikunjungi atau dilawati merupakan salah satu usaha bagi menjaga kawasan tersebut daripada kerosakan dan pencerobohan yang mungkin berlaku. Ia biasanya berada di bawah kuasa kerajaan bagi menetapkan peraturan ini, dan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan undang-undang pengharaman ini dikenakan.

iluminasi.com ingin berkongsi antara 6 tempat di muka bumi ini yang diharamkan daripada dilawati oleh orang awam.

1. Pangkalan Dulce – New Mexico, Amerika Syarikat

Dulce Base didakwa sebagai sebuah fasiliti bawah tanah antara manusia dan makhluk asing, yang berada di bawah Archuleta Messa dan berdekatan dengan sempadan Colorado dan New Mexico. Di sekitar fasiliti ini, terdapat perkampungan kecil yang didiami oleh orang asli seramai lebih kurang 2,600 orang. Fasiliti bawah tanah yang sangat luas ini adalah tempat dimana eksperimen-eksperimen pelik dilakukan dan teknologi rahsia dihasilkan.

Juga dikatakan merupakan rumah kepada manusia hibrid, walaupun kesahihannya tidak dapat dipastikan, namun kawasan ini adalah diharamkan kepada orang awam oleh kerajaan Amerika Syarikat.

2. Kota Bhangarh, India

Kota yang dibina pada abad ke-17 ini terletak di negeri Rajasthan, India dan kerajaan India telah mengisytiharkan Kota Bhangarh sebagai tempat paling berhantu di seluruh India. Peraturan-peraturan yang sangat ketat dikenakan terhadap Kota Bhangarh dan pelawat tidak dibenarkan mengunjungi kota berhantu ini bermula daripada terbenam matahari sehingga terbit fajar. Menurut orang tempatan, mereka yang melanggar peraturan tersebut hilang secara misteri dan tidak pernah ditemui.

3. Makam Qin Shi Huang – Lintong, China

tomb qin shi 23Kemungkinan antara tempat paling menyeramkan yang diharamkan di dunia. Kubur pengasas Dinasti Qin dan juga Maharaja China pertama ditanam disebuah komplek bawah tanah di bawah sebuah bukit di China Tengah. Kompleks perkuburan itu dikatakan mengandungi rangkaian gua bawah tanah yang sangat kompleks, dan tersimpan segala peralatan dan perkakas yang diperlukan oleh maharaja untuk kehidupan selepas mati.Antara peralatan-peralatan tersebut termasuklah tanah liat untuk menghasilkan tentera-tenteranya iaitu Tentera Terracotta. Dikatakan kerajaan China tidak membenarkan penggalian kubur tersebut kerana ingin menghormati tanah perkuburan itu.

4. Gunung Weather – Virginia, Amerika Syarikat

mount weatherGunung Weather yang terletak 74 kilometer dari Washington DC, merupakan sebuah pangkalan tentera bawah tanah rahsia Amerika Syarikat yang diharamkan untuk dilawati, atau didekati. Pangkalan tentera yang terletak di dalam gunung ini merupakan tapak pemindahan atau penempatan semula bagi pegawai tentera serta orang awam yang bertaraf dan berpangkat tinggi, jika berlaku sesuatu seperti bencana alam.Walaupun jauh dari segala kemodenan, namun ia lengkap dengan segala keperluan asas termasuklah kafeteria, hospital, pusat jana kuasa yang dikelilingi oleh papan tanda larangan masuk serta pagar tinggi, kawat duri dan pengawal bersenjata. Misteri!

5. Bank of England Vaults – London, England

simpan emasBank of England Vaults yang terletak di bandar London ini antara bank yang mempunyai kawalan paling ketat di dunia dan diharamkan bagi orang awam. Bank ini merupakan tempat penyimpanan emas seberat 5.134 juta kilogram atau 5,134 tan emas, yang merupakan 1 per 5 daripada emas yang ada di atas muka bumi ini.Dengan nilai emas RM1.063 trilion ini, peti besi dalam bank ini dikunci menggunakan kunci logam tradisional namun dipagari dengan perlindungan sekuriti elektronik bagi menghalang mereka yang tidak patut berada di situ melepasi peti besi ini.

6. Muzium Pendidikan Keselamatan Kebangsaan Jiangsu – Jiangsu, China

muzium spyMuzium pengintip ini bukanlah sepenuhnya diharamkan kepada orang ramai tetapi kepada orang asing sahaja. Terletak di Nanjing, Timur China, Muzium Pendidikan Keselamatan Kebangsaan Jiangsu ini mempunyai barangan pameran termasuklah pistol kecil, kamera mini dan pelbagai lagi peralatan yang digunakan oleh pengintip China, yang menurut direktor muzium ini, terlalu sensitif untuk dilihat oleh orang asing.Hanya pengunjung yang terdiri daripada rakyat China sahaja boleh memasuki muzium ini dan tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil gambar.

sumber: manggahijau via Tambahcheeze via oh gebang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*