“Dr M…takyah fikir politik kalau dah tua bangka nak dekat mati”,- komen Zamihan

Sebelum PRU 14, pelbagai drama pru kita dapat lihat dari pelbagai tokoh, termasuklah Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari

Bekas pemimpin negara Tun Dr Mahathir Mohamad dibidas untuk melupakan hasrat kembali menjadi ahli politik, sebaliknya disaran melipat gandakan amalan dan pahala dalam meniti hari-hari senja beliau

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari berkata, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu perlu akur bahawa dirinya telah diberi peluang selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan tidak perlu mendakwa dirnya sahaja yang layak memimpin negara ini.

“Itu saya kata, sebab niat dia politik dunia nak kuasa pemerintahan duniawi semata-mata.

“Selepas tu dia melihat orang lain bodoh belaka, dia sahaja yang betul, orang lain tak pandai aku sahaja yang cerdik, mana boleh fikir begitu.

“Padahal masa kita berkuasa kita buat macam-macam, kita sanggup keluarkan arahan-arahan yang melukakan hati rakyat, tapi bila orang lain memerintah kita kritik dia, kita kata dia yang tak betul, tak maju tak patut dan kita buat comeback balik pada masa hujung usia,” selar Dr Zamihan.

Beliau berkata demikian dalam program bicara Sembang Watan yang dianjurkan Watan-Online portal, di Sungai Buloh, pada Sabtu.

Justeru itu, Dr Zamihan menyifatkan individu yang berumur seperti Dr Mahathir sepatutnya lebih fokus dalam membuat persediaan menemui Sang Pencipta daripada sibuk memikirkan hal negara.

“Ini yang tak betul bagi saya, orang tua yang dah berkuasa 22 tahun patutnya masuk pondok mengaji kitab, banyakkan bertaubat dan memohon maaf kepada manusia atas kesilapan yang lalu dan buat amal jariah yang banyak untuk ahirat patutnya.

“Tak payah fikir politiklah dah tua bangka dekat nak mati ni,” ujarnya lagi.

Awal tahun ini PH telah mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin menasihatkan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya bertaubat dan tinggalkan politik.

“Bagi saya, orang tua yang sudah berkuasa lebih 22 tahun sepatutnya masuk pondok, mengaji kitab, zikir banyak-banyak, bertaubat mohon maaf kepada manusia atas kesilapan yang lalu.

“Dan membuat amal jariah yang banyak untuk akhirat. Sepatutnya tak payah fikir politik kalau sudah tua bangka, nak dekat mati ini,” katanya dalam wawancara dengan Watan Online yang disiarkan secara langsung di Facebook hari ini.

Zamihan diminta memberi pendapat apabila ada pemimpin yang sudah bersara dari politik namun kembali menyertai politik. Walapun tidak menyebut nama, namun difahamkan pemimpin yang dimaksudkan ialah Mahathir Mohamad yang pernah memimpin Malaysia selama 22 tahun.

Mahathir kembali aktif berpolitik dengan menubuhkan BERSATU pada 7 September 2016 dan dicalonkan Pakatan Harapan (PH) sebagai perdana menteri, jika gabungan 4 parti pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14.

sumber: MalaysiaKini via media2030

5 comments

  1. Allahhuaakbar! Ustaz jenis ape awk ni? Awk ckp ikut sedap jer. Mcmana awk sbgai seorg ustaz ckp main terjah jer. Mana martabat awk sbgai seorg ustaz?

  2. Hg sapa?ahli politik ka?rakyat pilih Tun M sbb rakyat nak keluar dr penyangak najib..rakyat dah trsiksa dgn pemerintahan najib..hg ingt tua ja bleh mati?daun hijau pn bleh luruh la weyyy..Tuhan pnjngkan usia Tun utk membela nasib rakyat yg trgadai dibuat oleh najib..hg ni konco najib kot..sbb 2 hg marah sgt kot..hg bleh slmatkn negara ni ka?jgn berasa hg hebat sgt..

  3. Betul3.bahasa dia xmelambangkan dia seorg ustaz.kita yg jahil ni pn malu dgn ungkapan yg begitu.perbaiki akhlakmu dahulu wahai USTAZ

  4. Bahasa Kasar dan macam tak tengok youtube lain. Negara kita berbilang kaum, pengaruh politik banyak, isu lain juga perlu diambil kira demi keamaan rakyat dalam Merdeka 2018. Pm bukan nak buat kerja berat. Dia jadi ketua je kepada orang berbilang kauam agama dan bangsa serta negara, itu ibadah juga namanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *