Kemenangan Anak DS Najib Razak Yang Mengejutkan Dan Tidak Disangka.

Anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nizar dipilih menjadi Ketua Pemuda Umno Pekan setelah menang tanpa bertanding pada Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian itu di Pekan, Pahang hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Shahruddin Ahmad yang melebihi had umur kelayakan. Mengulas pemilihannya, Mohd Nizar, 40 berazam untuk membangkitkan kembali parti.

“Saya lihat sokongan dan semangat juang pemimpin Umno masih kuat dan tidak terhenti… Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pekan hari ini juga menyaksikan dewan ini penuh dihadiri anggota parti.

“Mereka begitu komited dan membuktikan parti Umno masih relevan… apa yang perlu dilakukan kini ialah membuang sikap angkuh, politik wang serta segala yang negatif selain cuba memenangi kembali hati anak muda,” katanya ketika berucap pada persidangan itu.

Kekalahan PRU14 bukan atas faktor Najib

Lebih 500 perwakilan Pemuda hadir bagi mengundi barisan kepimpinan baharu sayap berkenaan.

Mohd Nizar berkata dalam keadaan politik yang mencabar pada masa kini, amat penting bagi Umno menjadi pembangkang yang kuat dan mampu membawa masalah rakyat dengan berkesan.

“… justeru saya amat merayu kepada anggota dan pucuk pimpinan Umno agar rapatkan saf kerana kita berjuang demi parti yang memperjuangkan agama Islam,” katanya.

Sementara itu, Shahruddin berkata sokongan anggota Umno khususnya di Pekan terhadap Najib selaku wakil rakyat Parlimen Pekan masih utuh dan tidak berbelah bagi.

“Kekalahan pada PRU14 bukan atas faktor beliau. Kita percaya beliau adalah pemimpin yang bersih dan disayangi rakyat sehingga ke hari ini,” katanya.

SUMBER : MALAYSIA KINI

Kredit : LubokViral

Artikel Lain

Rafizi lebih low profile, kini tumpu bisnes

KEMAMAN – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang sebelum PRU14 lalu lantang mengkritik kerajaan BN sekarang memberi tumpuan terhadap perniagaannya.

Rafizi berkata, beliau sekarang mengusahakan bisnes sendiri iaitu menguruskan syarikat yang mengendalikan analisa data.

“Syarikat saya memproses dan menganalisa data. Namun begitu, saya masih lagi berada dalam Pakatan Harapan (Harapan), saya masih Naib Presiden PKR.

“Saya juga akan bantu untuk menangkan Harapan di Terengganu dalam PRU akan datang dan dalam tempoh tiga empat tahun ini saya akan kerap balik ke Terengganu,” katanya.

Beliau yang juga Ketua PKR Cabang Kemaman berkata demikian ketika berucap pada Majlis Keraian Aidilfitri PKR Dun Air Putih 2018 di Dewan Felda Neram 2, petang semalam.

Hadir sama bekas calon PKR Dun Air Putih PRU14, Zukri Aksah dan bekas calon PKR Parlimen Kemaman PRU14, Mohd Huzaifah Md Suhaimi.

Rafizi dilihat bersifat lebih ‘low profile’ selepas satu kenyataan yang dikeluarkannta selepas PRU14 lalu menimbulkan kontroversi.

Menerusi kenyataan itu Rafizi mendakwa bahawa pelantikan pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai menteri kanan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa rundingan dengan PKR.

Dalam pada itu, Rafizi yang berasal dari Kemaman berkata, Kemaman dan Terengganu mempunyai harapan besar untuk menyaksikan peralihan kuasa pada PRU15, lima tahun akan datang.

Sumber: sinar harian

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *