Nedim Kongsi Gambar NeyNey…Comelnya..Agak-Agak Rupa Siapa Ya..

KUALA LUMPUR: Nedim Nazri iaitu suami bintang jelita, Nora Danish, bersyukur isterinya selamat melahirkan bayi lelaki, 9.02 pagi tadi di Pusat Perubatan Prince Court

Nora, 35, yang bersalin melalui pembedahan caesarean itu melahirkan bayi seberat 2.98 kilogram di hospital swasta di ibu kota.

Pengurusnya, Sharkawi Salehuddin ketika dihubungi memaklumkan keadaan Nora dan bayinya kini stabil.

“Alhamdulillah, Nora selamat bersalin pagi ini. Dia dan bayinya kini berada dalam keadaan stabil,” katanya kepada Harian Metro.

Ini adalah cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan suami, Nedim Nazri Aziz, 34, yang dikahwini pada 30 Mac 2017.

Selain itu, Nora juga memiliki cahaya mata sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, lapan tahun, hasil perkahwinan pertamanya dengan bekas suami, Rizal Ashram.

Melalui perkongsian Insta Stories pada Instagram, Nedim mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan isterinya selamat bersalin.

“Syukur Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki… Kami akan tunjukkan wajahnya, tidak lama lagi.

“Terima kasih untuk doa semua,” katanya dalam nada teruja.

Nedim turut berkongsi keadaan isterinya yang stabil selepas melahirkan putera sulung mereka.

Pasangan ini berkahwin pada Mac tahun lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, masing-masing dikurniakan seorang anak lelaki.

Berita kelahiran bayi sulung pasangan ini dikongsi teman baik Nora, Betty Rahmad yang memuat naik video aktres jelita itu dan Nedim yang kelihatan sedang mengendong bayi mereka, melalui aplikasi Insta Stories, pagi tadi.

Dalam kemaskini terbaru melalui Instagram Nedim Nazri yang merupakan suami kepada pelakon Nora Danish, beliau mendedahkan yang isterinya sudah selamat melahirkan bayi lelaki pagi ini.

“Syukur alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki, (kami) akan tunjuk wajah (anak kami) tidak lama lagi,” ujar Nedim Nazri yang nyata gembira dengan berita tersebut.

Inilah Wajah Comey NeyNey

Artikel Sebelum Ini

Nedim Sahkan Nora Danish Bakal Bersalin Dalam Minggu Ini

Pelakon Nora Danish dijangka bakal melahirkan bayi keduanya pada minggu ini.Berita itu diumumkan sendiri oleh suaminya, Nedim Nazri menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya.

Nedim turut berharap agar Nora selamat melahirkan anak pertama mereka bersama.

Pasangan ini turut mengadakan majlis doa selamat semalam sempena kelahiran bayi mereka tidak lama lagi.

“Doa selamat buat isteri tercinta dan Ney Ney (bakal bayi mereka).

“Insha-Allah agar selamat melahirkan kandungannya pada minggu ini,” tulisnya.

Rata-rata peminat turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Nora mempunyai seorang anak dalam perkahwinan pertamanya sebelum ini iaitu Rayqal, 9.

Sementara Nedim turut mempunyai seorang anak dalam perkahwinannya terdahulu iaitu Mohamed Nedrin atau Dre.

1 Trackback / Pingback

  1. TAHNIAH..!! Nora Danish Selamat Lahirkan Bayi Lelaki.. Comelnya NeyNey!! Cuba Korang Tengok NeyNey Ikut Muka Siapa?? - Penjejak Awan Biru

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*