Terbaru ! Dua beradik di bawa lari.. Mohon Share

DUA beradik didakwa dilarikan oleh tiga individu termasuk seorang wanita ketika berada di tadika di Seksyen 16, Shah Alam, semalam.

Menurut ibu saudara yang enggan dikenali, kehilangan anak buahnya, Raheel Khan, 6, dan adiknya Aleya Reyhana, 4, disedari ketika adiknya hadir untuk mengambil mereka pulang.

“Namun dia dimaklumkan oleh guru mereka ada seorang wanita datang mengambil adik beradik berkenaan sekitar 9 pagi atas alasan ingin membawa mereka untuk pemeriksaan kesihatan.

“Wanita itu memaklumkan bapa mereka tahu mengenai pemeriksaan kesihatan itu dan turut berjanji akan menghantar mereka pulang ke sekolah sebaik sahaja selesai pemeriksaan kesihatan kira-kira satu jam kemudian.

“Cikgu itu turut memaklumkan wanita itu datang bersama dua lagi lelaki yang menunggu di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih,” katanya ketika dihubungi.

Dia berkata, susulan kejadian itu keluarga sudah membuat dua laporan polis di Balai Polis Damansara pada hari yang sama.

“Kedua-dua kanak-kanak itu berada di bawah jagaan bapanya tahun lalu selepas ibunya dipercayai menghilangkan diri.

“Setakat ini kami sedang menunggu perkembangan daripada pihak polis berhubung kejadian,” katanya.

Katanya, dia juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan dua kanak-kanak berkenaan menghubungi bapanya di talian 014-3233503.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan dilarikan individu yang dikenali dan menolak kanak-kanak berkenaan diculik,” katanya.

© 2018. NEW STRAITS TIMES PRESS (M) BERHAD (4485-H). All rights reserved.

Sumber dari Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*